Pages

Monday, 28 November 2011

IMEI [International Mobile Equipment Identity]

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
- sila taip *#06#
- akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
- semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Wednesday, 16 November 2011

Memang terbaik lah aq suka gila

‎696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 
696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 
696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 
696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 
696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 
696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 
696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696

1. highlight ayat di ats
2.CTRL+F
3. TEkan 9

Tuesday, 15 November 2011

Fakta sebenar tentang laki-laki...

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Thursday, 10 November 2011

Undang-undang yang mungkin korang akan fikir ini tak masuk akal...


Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan..





THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.


SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.


KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.


SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.


UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.


MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.


AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.


YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.


KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.


PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.


ISRAEL :
* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.


AMERIKA


ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.


ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.


ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.


CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.


COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.


CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.


FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.




WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.


MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.

Wednesday, 9 November 2011

cara menghilangkan 3segi.....

AJAIB!!!!
▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼ ◄ ▲ ► ▼
Cara2 untuk menghilangkan tiga segi di atas.
1. HIGHLIGHT SEMUA DI ATAS
2. KEMUDIAN TEKAN CTRL+W
Ajaib bukan?
SELAMAT MENCUBA
.

Tanda-tanda kematian



Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.


Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.


Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.


Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam

Gambar Orang Baru Menceburui Bidang Fotografi





ni adalah pic yang orang baru belajar snap... Hope pas ni lg menarik lah pic yang aq snap...huhuhu~~~


P/S Orang yang pakai baju kelabu itu bukan aq..

Tuesday, 8 November 2011

Akibat Tidur Dalam Kelas






Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.


Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan..

Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

19 Kehebatan lelaki

1) Tak perlu mengandung


2) Boleh kencing merata-rata


3) Kerjanya sama, tapi gaji lebih


4) Kedut dan boroi lambang kejantanan


5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dgn mereka


6) Berbual di telefon 30 saat je


7) Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar selama 5 hari berturut-turut


8) Di puji sebab berjaya keluarkan 1 idea yg ciput


9) Boleh pakai seluar dalam yang berharga RM9.90 sekotak (ada 3 helai)


10) Boleh pakai baju yang berkedut


11) Apa yang ada di muka semuanya ori


12) Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun dan mungkin berdekad


13) Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak


14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki.... Urrggghhhh~~


15) Misai berserabut? No hal lah...


16) Boleh mengorat


17) Bergaduh / Bertumbuk di khalayak ramai tanda kegagahan


18) Merokok itu macho


19) Boleh pegi kedai hujung beli rokok hanya pakai seluar pendek tak berbaju dengan muke selamber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...